Sebongkah Batu Di Kuala Berang: Layakkah dosanya ditanggung buku?
–A. Samad Said
Lagi sesebuah buku itu diharamkan, lagi melonjaklah popularitinya. Lagi dikeluarkan fatwa tentang buku itu, lagi melonjaklah pula penjualannya.
Siapakah mereka yang mengawal pembacaan masyarakat? Manusia biasa akan ada sifat prejudis mereka sendiri dan akan mengharamkan karya-karya yang mereka tidak suka bukan kerana ada bukti kukuh tetapi atas sebab kepentingan sendiri dan tidak semestinya menguntungkan atau melibatkan masyarakat.
Pengharaman buku perlu dilihat secara berasingan, ianya tidak boleh dihukum secara umum. Alasan yang kerap digunakan oleh pihak tertentu (baca: pro-pengharaman) ialah untuk melindungi masyarakat daripada ditipu atau dipengaruhi oleh aliran yang boleh memesongkan akhlak mahupun akidah.
Sebagai contoh, buku ‘Pelik Tapi Benar Dalam Solat’ tulisan Ustaz Abdul Rahman Mohamed adalah mengenai feqah, bukan akidah. Akan tetapi, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengharamkan dan menarik balik pengedaran buku tersebut dengan alasan buku ini berlainan mazhab, bimbang akan menggugat akidah pembaca.
Oleh itu, timbullah persoalan dibenak pembaca berkenaan pegangan mazhab. Adakah hanya kerana kita berpandukan mazhab Syafii’ maka menganggap mazhab lain terpesong dari akidah? Adakah mazhab–mazhab lain itu menjadikan kita sesat jika diikuti? Adakah saranan mazhab lain itu salah dan mampu menyimpangkan akidah pembaca? Oleh itu, dari sudut mana penilaian dari KDN itu dibuat?
Kemudian, Negara dikontroversikan dengan isu penarikan balik novel karya Sasterawan Negara Datuk Abdullah Hussain ‘Interlok’ untuk tidak lagi menggunakan novel tersebut sebagai buku teks komponen sastera bagi mata pelajaran Bahasa Melayu pelajar tingkatan lima mulai tahun ini.
Alasan sebelum ini bahawa Interlok mengandungi beberapa perkataan yang dianggap menghina masyarakat India namun ianya telah ditarik balik dan perkataan berkenaan telah dipinda hasil cadangan sebuah badan bebas yang ditubuhkan oleh kerajaan. Walaubagaimanapun, usaha untuk mengharamkannya tidak bekubur begitu sahaja apabila ianya dicalit rasis oleh politikus-politikus demi kepentingan peribadi.
Jika disebabkan intipati novel tersebut hanya wujud kasta yang digambarkan oleh pengkarya, ianya bukan suatu bentuk penghinaan kepada kaum India malah merupakan realiti pada zaman berkenaan. Adakah ini sudah cukup kuat untuk mendakwa novel tersebut mempunyai elemen-elemen menjatuhkan martabat kaum tersebut? Apa sudah jadi dengan negara? Benarkan saya berkata, mundurnya pemikiran rakyat kita!
Soalan yang kian terbit di saat menulis entri ini..
Kalau tidak diharamkan, apakah impak terbesar yang berkemungkinan berlaku kepada pembaca?
Berulang setiap kali Allah menceritakan kejadian alam dan memberikan ruang berfikir kepada manusia. Allah menyatakan;
“yang demikian itu bukti-bukti (kebesaran Allah) bagi mereka yang berfikir” (ar-Ra’d: 3, ar-Rum: 21, az-Zumar: 42),
juga disebut:
“yang demikian itu bukti-bukti (kebesaran Allah) bagi mereka yang berakal” (ar-Ra’d: 4, an-Nahl: 12, ar-Rum 24),
Membacalah dengan mata hati. Maka minda akan lebih berkembang, lebih banyak menyoal, lebih banyak membaca. Orang putih kata, self-censorship. Bagi yang boleh berfikir dan menilai, mungkin penerangan itu akan mudah diterjemahkan dengan baik kerana setiap orang berhak membaca apa sahaja yang mereka mahukan. Tetapi malangnya, di negara ini ramai yang asyik menerima tanpa mahu menilai secara kritis.
Teori minda kita dijajah adalah sangat tepat. Ia terbukti kerana akal kita tidak berupaya untuk berfikir secara kritikal akibat kesan kecenderungan kepada pendidikan sekular yang tidak berteraskan kepada susur galur penyampaian ilmu sebenar yang dianjurkan oleh Islam sendiri. Secara terperinci, sistem pembelajaran di Malaysia hanya mementingkan pencapaian peperiksaan dan tidak banyak memberi ruangan kreatif untuk berfikir. Atas alasan itu, pelajar menjadi jumud dan bahan bacaan yang ringan menjadi pilihan.
Lalu, terhasillah karya-karya picisan yang santai, lemah gemalai dan liuk lentok dihidang kepada kita tanpa jemu. Nah lihat sahaja di kedai-kedai buku, karya apa yang setia berbaris di ruangan best-seller? Atau pergi sahaja di laman sesawang milik penerbit besar, buku apa yang terlaris mengungguli carta bulanan?
Kembali kepada persoalan tadi. Jika tidak diharamkan, bagaimana untuk mengawal buku-buku yang membawa kepada kerosakan akhlak, akidah? Buku yang menjurus kepada penghinaan kepada agama, bangsa? Persoalan demi persoalan beginilah yang sentiasa memberi ancaman kepada ibu bapa dan masyarakat lantas menyokong segala macam Akta yang disodok berkaitan pengharaman.
Adakah dengan membenarkan pengharaman ke atas buku yang mencentus kontroversi kononnya itu adalah jalan terakhir yang diambil oleh pihak berwajib? Jawapannya, TIDAK!
Mengekanglah tulisan dengan tulisan. Islam adalah agama hujah dan semestinya ditegakkan dengan hujah serta dilindungi oleh hujah. Tindakan yang lebih bijak adalah untuk menulis buku atau artikel bagi menjawab semua karya yang dikatakan mengandungi unsur keraguan kepada pembaca. Sebagai contoh, baru-baru ini, novel cereka “Sebongkah Batu di Kuala Berang” karya Faisal Tehrani diharamkan edar atas sebab (yang tidak dipastikan) bahawa tulisan penulis dipenuhi penyelewengan dari kebenaran disamping meniupkan unsur ‘syiah’ di dalam novelnya. Pendapat saya, pihak yang bertanggungjawab di dalam soal pengharaman buku ini wajiblah menyatakan sebab penarikan dengan hujah serta bukti dan terpulang kepada pembaca untuk membuat penilaian. Penulis pula, harus mengambil sikap berlapang dada terhadap kritikan dan menerimanya secara matang dan profesional.
Ianya mengingatkan saya kepada kisah Kassim Ahmad dalam tulisannya ‘Mencari Jalan Pulang’. Katanya (lebih kurang), “Dia berfikir begitu kerana ia berdasarkan apa yang dia kaji, dia baca dan dia belajar serta apa yang dia percaya. Dan, sekiranya ada org yang boleh merasionalkan apa yang dia percaya itu salah dan boleh menjawab segala persoalannya, maka dia akan menerima.”
Suka saya buka lembaran sejarah sebagai pedoman bersama iaitu pada zaman pertengahan Eropah yang menyaksikan banyak buku diharamkan dan dibakar atas alasan agama. Manakala di zaman penjajahan British pula, karya Pak Sako diharamkan pengedarannya dan begitu juga renteten dari peristiwa yang berlaku di Occupy Wall Street di Amerika, ada perpustakaan yang ditubuh aktivis turut dilayan sedemikian rupa.
Adakah kita ingin negara menuju ke zaman kegelapan gereja yang menghukum apa sahaja ilmu yang tidak serasi dengan kelompok tertentu tanpa alasan? Atau adakah kita terlalu jumud dan paranoid dan bertindak seperti pihak British? Jika trend begini berterusan sudah pasti ianya boleh merosakkan percambahan ilmu.
Dan jika akidahlah yang menjadi kerisauan semua pihak, izinkan saya bertanya. Bukankah untuk mengawal akidah perlulah dimantapkan akidah itu terlebih dahulu? Saya kongsi di sini jawapan Abdullah Munsyi kala dituduh sebagai mengkafir umat Melayu semasa menjadi penterjemah kepada paderi Inggeris:
“Apakah ertinya iman itu? Adapun ertinya iman itu yang kuketahui, percaya; maka jikalau kiranya aku membaca seribu kitab agama lain-lain, jikalau tiada percaya aku akan dia, bolehkah rosak iman? Aku tiada mahu mendengar perkataan bodoh itu.”
Mungkin saya boleh simpulkan bahawa kaedah “Bacalah dengan nama Tuhan mu” itu menjawab segala persoalan di atas.
DIAM
Diam itu bahasaku
Pasrah itu nestapaku
Berontak itu mautku
Mampu hanya jadi sang bisu
Tika hati selalu tewas
Pada jiwa yang meracau
Atas kebobrokan cinta
12.57 a.m.
RANG DE BASANTI
Sebuah lagi filem Hindustan yang aku suka. Sebab;
1. Aamir Khan
2. Sudah tentu bukanlah tipikal Bollywood boy-meets-girl love story!
Okay, sedikit review tentangnya..
Maksud RANG DE BASANTI secara literally adalah “Color it saffron”.
Saffron adalah sejenis rempah ratus bewarna kuning kejinggaan yang sukar ditemui dan tidak terkejut jika ianya menjadi rempah ratus paling mahal di dunia! Untung ber bisnes rempah ini.
Terjemahan di dalam bahasa omputih pula-
Color of sacrifice atau kata simboliknya pula adalah………
Paint it Yellow!
Paint it Yellow- Melambangkan berani untuk bekorban. Ianya amat sinonim dengan ideologi ‘anti-British’ oleh penduduk India pada zaman jajahan British. Jadi, inilah yang cuba diketengahkan oleh sutradara filem adalah semangat patriotism oleh penduduk India hari ini dengan era pra-kermerdekaan dahulu.
Filem ini mengisahkan tentang sekumpulan pelajar Universiti (Aamir Khan, Kunal Kapoor, Siddharth and Sharman Joshi) menghabiskan masa dengan aktiviti enak- berhibur, minum, berhibur, minum, berhibur dan minum dan minum lagi.
Cerita bermula apabila, salah seorang teman akrab mereka Ajay (Madhavan), seorang juruterbang Pesawat Tentera India telah terbunuh dalam suatu kejadian kapal yang dipandunya terhempas. Ianya diketahui bahawa Kerajaan India telah membeli ‘defective spare parts’ untuk kapal tentera dengan harga yang murah, tentulah ada hidden agenda- di antara foreign-connected businessmen and government ministers to get rich la kan!
Ajay mati heroically sebab memilih untuk tidak terjun dari kapalnya bagi memastikan kapal tersebut tidak terhempas dan melanggar kawasan bandar yang di laluinya.
Seperti biasa, untuk mengaburi mata rakyat, pihak kerajaan cuba untuk menyembunyikan sebab kejadian yang sebenar dengan meletakkan musabab diatas Ajay’s “rashness” and “incompetence.” Konon pilot muda masih di bawah training course lah.
Teringat pulak kejadian pesawat Nuri dahulu kan..Eh?
Sambung, pada mulanya 4 sekawan tadi hanya mampu bertafakur atas kematian teman mereka. Ingin besuara, takut. Aku teringat, ada satu dialog part mereka memilih untuk berdiam…ianya berbunyi seakan ini (versi aku)
“Kenapa kita begitu takut sekali? Adakah kita takut kegembiraan kita terhapus? Keselesaan kita dimusnahkan?”
…………………….
Sehinggalah ada kejadian yang mereka saksikan terus membuatkan mereka buka mata untuk mencari kebenaran dan menentang kezaliman.
Apakah mereka berjaya ? Tengok la movie ni.
Ada banyak lagi watak sampingan yang menguatkan lagi filem ini. Lagi sekali, tengok la movie ni.
Antara dialog yang berkesan dan boleh menjadi memorable quotes mungkin.
1.
“Ajay Rathod: I’m proud of my country.
Karan: Really, exactly what are you proud of? The Poverty?
Aslam: No, he’s proud of the Unemployment.
Karan: Or are you proud of the Corruption?
Ajay Rathod: No country is perfect, Karan we have to work to make it perfect.
Karan: Tell you what Ajay, you go on trying to make this country perfect, once I get into a college, i’m pushing of to America, nothing’s ever going to get better in this garbage dump”.
2. “If you don’t like something, then take ownership. Change it!”
3. “There are two kinds of people. People who go screaming to their death and people who go silently to their death. Then I met the third kind.”
4. “Both the past and the future are important. We have 1 leg planted in the past, the other leg in the future and that’s how we are pissing on the present, aren’t we?”
Aku rekemen la korang tonton movie ni sebab:
1. No foolish love story and songs. Just pure reality.
2. Teknik cinematography & effects yang best.
3. Kena tonton, sebab Malaysia takkan keluarkan cerita sebegini buat masa sekarang akibat terlalu banyak hantu-hantu berpeleseran di bioskop-bioskop berhampiran.
………………………………………………………………………………
Okay, So you guys…
It’s time to rise up! and Paint it Yellow!!
____________________ Sumber:
http://en.wikipedia.org/wiki/Rang_De_Basanti
http://www.imdb.com/title/tt0405508/usercomments
Google Images
Seragam untuk perjalanan yang abadi
“Ianya memang Fardhu Kifayah.
Apabila ditunaikan sebahagian mukallaf maka terlerailah kewajipan ke atas yang lain.
Akan tetapi, apabila tidak ditunaikan langsung maka berdosalah ke atas semua sekali.
Sebagai muslim atau lebih tepat lagi, sang anak haruslah mempelajarinya.
Kerana apa?
Kerana pabila ayah bonda/muhrim dijemput Izroil.
Biarlah kita yang melaksanakannya.
Mengetuainya.
Memandikannya.
Menyediakan persalinannya.
Hatta mengkafankannya.
Kerana jenazah pun tahu malu jika bukan dari zuriat keturunannya yang memandikan dan mempersiapkannya.
Sekurang-kurangnya, kita masih sempat berbakti kepada arwah sebelum diusung ke pusaranya.”
Tu lah pesan CikPuan Mak aku sebelum mengendalikan kelas praktikal mengkafankan jenazah kepada anak-anak perempuan beliau.
Tugas aku, panjang-panjangkan pesanannya pula.
Kelas ni aku perlu ‘repeat’ balik semester depan. Akibat sindrom kejung melanda. Kejung tengak kain kafan tu. Entah! Itu nasib baik CikPuan tak sempat prepare air mawar atau kapur barus. Itu kalau ada, sem depan belum tentu aku boleh pass.
Sorang akak aku steady je dalam kelas ni. Siap boleh excuse naik bawah turun atas buat aktiviti lain. Tak takut beliau dgn CikPuan. Alasannya, masa Sek. Men. dah belajar bab ni. Terus aku hairan. Mana mungkin aku boleh terlepas? Atau aku yang melepaskan kelas ini dengan sahaja?Haha..
Ahh..tentu aku cuti sakit ketika itu. Tak pun, batch aku memang tak belajar kot pasal ni. Teori mungkin. Korang dulu ada?
Hasil sentuhan amatur
p/s : Sista. Korang jangan lupa tutorial tu. Saya mati kelak, saya takmau orang lain yep.
Kitab Cinta | Fazura
Baru-baru ni aku teruja dgn sebuah series @ TV AlHijrah. Bukan rancangan realiti menjejak para Solehah ya anak-anak.
Kitab Cinta, by Eirma Fatimah. Adaptasi novel “Kitab Cinta karya Taufiqurrahman”. Makcik ni rekemenkan.
Jadi malam semalam aku marathon sampai episode 8. Tapi masih ada lubang-lubang yg depa tak habes upload. Tak kisah lah. Standard la cerita melayu..masih boleh kicap.
Cerita ni menarik sebab ada Cik Fazura. Teringat drama “Rendang untuk Mertua.” Melt!
Jadi bila dah sampai ke episode 8. Aku sudah mula tak puas hati. Meh aku buat sinopsis sikit.
Fazura student UIA perlu selesaikan projek berkenaan pembangunan ekonomi di Acheh. Negeri Acheh yg semua maklum menjalani cara hidup berlandaskan syariat. Hukuman juga tentulah berlandaskan syariat. Sekian sinopsis. Yang lain sila utube.
Part aku tak berapa nak berkenan adalah tragedi menangkap khalwat, proses perbicaraan sehinggalah menjatuhkan hukuman terhadap pesalah.
Mana kaedah-kaedah yg perlu diguna pakai ketika perbicaraan?
Sungguh aku memang jahil! Tolong lah.. Bagaimana proses penangkapan hingga hukuman yang betul-betul dlm Al-qur’an yang perlu di apply waktu sekarang?
Kalaulah begitu mudah mensabitkan hukuman seperti dalam drama tu..mmg la semua mata akan tdk bersetuju dgn perlaksaan hudhud di negara islam.
Kalau nak buat cerita..buat la betul-betul. Memang susah kan nak transform penulisan kepada drama..silap sikit. Habis!! Memang silap la! Silap besar!
Kelak, makin bertambahlah plak karikatur berani perlekehkan hukum Al-Qur’an.
Okay, bagi yg pakar dlm bidang ni. Puan Lawyer mohon share ilmu di dada..Terima kasih daun keladi!
“Aku akan mencari kebenaran kepada masyarakat kampung bahawa tidak semua orang di mahkamah itu bersalah. ”
Ni dialog dlm trailer.Aku suka! Ke cerita dia nak ceritakan jangan simply jatuhkan hukum? Oh tidak!! Takkan kot. Kan ? Kalau lah betul, spank aku!! Gelojoh nak hentam kan. :p
p/s: Drama ni aku rekemenkan pada korang..sebab Fazura sgt cantik. Hero..x yah ckp lah..hi3. Okay, serius. Walaupun jalan ceritanya sgt mudah, tapi byk +ve kita boleh sedut. Dan banyak peringatan pada kita yg selalu leka & alpa. Tambah ilmu pun byk di sini. Betul!
Bertanya memang mudah, Menjawab jadi resah.
Entri ini entri emosi.
Jujur aku akui bila rakan, taulan, sedaran, sepupan sendiri mula menghebahkan akan penukaran status(perhubungan) hidup mereka kepada satu status yang lebih mantap memang aku sedikit sentap. Aku selesa menggelarnya mantap kerana untuk melakukan perubahan status ke tahap itu memang memerlukan persediaan yang cukup. Mental dan fizikal. Walaupun kau anak Menteri sekalipun.
Tiada penafsiran untuk perasaan sentap itu. Susah untuk diceritakan.
Kau faham bukan?
Jika kau faham, mana mungkin kau mampu lontarkan soalan seperti “Bila lagi, tunggu Putera Kodok ka? “,
“Aku dah nak masuk anak 3 oiii?”,
“Nak cari persis Aaron Aziz, alamat kau menopause belum tentu dapat”.
Dan yang best, “ Kau tak nak kahwin ke beb?”
Kau cekal. Kau memang hebat.
Susah untuk berlagak selamba bila diuji dengan soalan sebegitu bukan? Boleh la aku umpamakan perasaan itu hampir sama; It’s hard to pretend that you don’t love someone when you really do.
Pekakkan telinga, butakan mata memang boleh. Boleh. Boleh dibuat-buat.
3 kali khatam Majalah Solusi edisi 31 ‘Sabar itu Indah’ sekalipun..’sentapan pertama’ itu sukar di’handle’.
Setelah kau diijabkabulkan,
Setelah melalui nikmatnya melahirkan sang ratu, sang putera.
Janganlah sekali kau rasa selamat, janganlah rasa hidup cukup sempurna dan yang penting janganlah sekali kau rasa sudah comfort. This is because, life begins at the end of your comfort zone.
Ingat, keselesaan yang dikecapi itu adalah sebahagian ujian dari Tuhan.
Aku cabar kau,
Jika kau baru putus tunang, kau pergi kepada seorang kawan yang masih belum ketemu jodoh. Lalu tanyakan pada beliau ; “Hei, apasal kau tak kahwin-kahwin lagi? Nak tunggu Kate Middleton cari madu untuknya ka?”
Dan aku cabar kau,
Jika kandungan usia 3 minggu kau tidak dapat diselamatkan dan terus kau tanyakan kakak kau yang sudah 7 tahun kahwin namun tiada rezeki anak lagi dgn soalan; ” Dah lama kakak kahwin, takkan tak nak anak kot?”
Amacam?
Biasanya ungkapan itu keluar dari mulut mereka yang berasa amat konfiden dan rasa selamat. Berani la kan. Baiklah, mulut tabuh dapat disumbat, mulut manusia…
Ukuran hidup sesorang bukan pada perubahan status(perhubungan) tetapi pada pengalaman hidup. Kematangan dinilai dari pelbagai sudut. Dan ianya tidak mustahil jika bukan dihitung dari bilangan anak yang kau kendong.
Pengalaman yang hebat adalah dari suatu musibah/ujian dari yang ESA. Bagaimana dari kau jatuh terjelepok apabila musibah datang hinggalah kau boleh bangun berdiri kembali dan mungkin boleh terbang terus . Ianya satu NIKMAT.
Segala yang tidak akan menimpanya tidak akan pernah mengenainya. Tidak faham? Dengan kata lain, kehidupan setiap manusia itu telah pun ditetapkan. Tidak faham lagi? Kau tak rasa, kau tak tahu. Shut Up!
Bukankah musibah itu hanya diuji kepada yang mampu dan layak sahaja? Maknanya, mereka mampu untuk menanganinya. Walaupun pahit untuk ditelan. Pastilah kesabaran dan keimanan percaturannya bukan?
Waktu inilah cekal, kuderat, sabar, doa dan tawakal perlu dikendong setiap masa. Silap langkah, musnah!
Bukalah minda sebelum bertanya. Kerana sudah termaktub.. Kita hanya mampu merencanakan. Allah punya KUASA.
Di luar, ramai aja yang bertanya pada aku..”Bila lagi? “ Tak payah pergi jauh dalam rumah pun acap kali. Aku tidaklah stress, cuma ‘sentapan pertama’ itu tetap akan berlaku.
Betapa indah rupanya apa yang telah direncanakan tidak berhasil. Sebab kenikmatan yang lain Tuhan akan anugerahkan. Aku yakin pasti. Allah datangi hujan untuk beri pelangi.
Telah aku bayangkan jika plan dahulu berjaya direalisasikan. Sudah tentu tiada peluang untuk aku sediakan ruang kepada yang disekeliling. Sudah tentu tiada kesempatan untuk menggendong sesuatu yang digelar commitments. Ya,ianya bukan satu..
Ruang umpama ini adalah value. Aku tak grab aku memang rugi.
Terima kasih hadiahkan saya peluang & ruang!
Jika kelak
Tatkala menghitung hari
Hari nan indah yang kau rasa hidup hanya sekali
Dan aku masih diuji
Moga redha penyejuk hati
Jika kelak
Tatkala dinginnya hari
Ajal hadir menyinggahi
Belum sempat menjadi pelengkap rusuk kiri
Moga di’sana’ kelak ada yang sudi
Menanti dan jadi pengganti
Dan yang pasti
Tiada rasa ‘sentapan pertama’ lagi
Kan dah cakap, ini entri emosi. SEKIAN.
Kisah Untuk Masa Depan
Dahulu,
Saya budak baik dan pemalu,
Jalan pun tunduk tersipu.
Kawan nak tegur pun fikir beribu,
Ke sokolah hanya misi yang satu,
Belajar kejar ilmu,
Untuk capai ke menara gading tu,
No No menggatal menggedik macam ulat bulu,
Dan semua orang respect kat aku,
Menjadi kesayangan cikgu-cikgu,
Setiap hari misti terima surat selit celah buku,
Tapi aku bolayan buat mereka jadi buntu,
Cikgu pulak aim aku nak buat calon menantu,
Untuk anak yang hensem macam Ahmad Seth Tan itu,
Siapa yang tak mahu,
Ace bagitahu?
Ahaa, Itu bukan aku,
Hanya imaginasi masa tadika dahulu.
Imaginasi masa tadika tu tak dapat nak realisasikan diatas beberapa faktor seperti ibu bapa, persekitaran, pengaruh kawan-kawan, media massa dan elektronik.
Yang ni baru aku. Perangai kalah hantu. Selamat Apak pun tak tahu. Yehuuuu.
Aku sebenarnya nak buat ‘confession. (ingat model je boleh buat confession?? )
Nak mengaku.
Ada sesuatu yang aku tak bagitahu. Kisah masa zaman sekolah dahulu. Simpan hanya dalam memoriku. Masa sekolah dulu, ramai benor tak suka aku. Aku pun tak tahu kenapa begitu. Sampai ada nama timangan diberi padaku.
Argh, tensen la menaip ikut rhyme ni! Okay tukar.
Aku mendapat gelaran ‘togey/ taugeh / togel’. Aku tak berapa pasti. Bunyi seakan itu. Maksud tersirat dari gelaran itu aku malas nak ambik tahu. Bentuk fizikal aku macam sayur taugeh ka?
Atau depa nak ckp, aku pandai melukis seperti kartunis Taugeh majalah UJANG??haha
Itu je gelaran yang aku tahu, mungkin ada timangan lain juga. Dah kata ramai orang benci aku kan.
Bagi mereka aku sgt annoy la kot. Apa peel buruk sampai orang menyampah kat aku. Aku tak tahu. Yang aku tahu…zaman sekolah adalah zaman syurga dunia ku.
Aku pernah mendapat hadiah seekor anak ular yang tiada bernyawa dlm meja aku. Terima kasih siapa hadiahkan itu (hari tu aku x sempat nak ucap terima kasih). Terasa istemewa sungguh tatkala itu.
Tidak cukup dengan di sekolah. Aku juga mendapat penggilan-panggilan hangit di rumah. Macam-macam. Tapi takpalah. Aku layan kan aja..Terasa glamour pula.
Dan pelbagai lagi provokasi aku terima. Malas nak cerita, sebab takut ke laut kejap lagi. Masa tu, jika terdapat sebarang provokasi..aku mmg tak ambil pusing. Kadang pendam aja dalam hati. Pendam-pendam makan jiwa beb. Nak tak nak mampu mengenang nasib dibuat sebegitu. (sudah la kau Nusrah)
Okaylah,
Pengakuan yang aku nak cerita,
Masa tu dalam minggu exam SPM. Mungkin stress ya amat dan syaitan pulak memang tak henti-henti psycho aku.
Kebetulan time tu aku sedang bergelut dgn simptom PMS aku. Haa..cukup pakej!
Sampai aja aku kat asrama bilik. Almari-almari bilik tu penuh dgn contengan pelbagai. Ya, aku tahu semua itu dituju untuk aku. Kenapa almari orang lain jugak korang nak libatkan? Motif? Mungkin itu saja cara mereka untuk reduce dari stress exam. Provokasi itu datangnya dari kawan-kawan perempuan. Yeah..bertambah ramai yang membenci aku.
Takpa, Sabar Sabariah!
Dan tak menyempat-nyempat, malam tu jugak kat dorm aku di attack. Rupanya depa bengang sgt dgn aku. Aku kena hentam kaww-kaww dengan mereka. Dugaan beb. Esok ada paper oke. Isk..Kenang balik. Sampai hati korang buat aku macam tu.*kesat air mata
Btw, sampai sekarang aku masih tak find out motif aku kena hentam??
Balik dari hentaman tu.
Aku baring. Aku blurr. Apalah aku dah buat sampai jadi mcm ni kan? jahat sgt ke aku?? Dari form 3 orang dah mula benci aku. Kesian. (mengenang nasib kembali)
Aku dah tak da mood nak review notes utk exam. Aku tutup mata.
Cuba utk lelap, tapi tak dapat . Stress & down.
(nak nangis pulak bila recall balik kejadian)
Masa tu terfikir, kalau lah aku fail paper esok. Kenduri kahwin korang sorry lah aku nak attend! Facebook pun aku taknak approve friend. Lalala
Esoknya, Hari jumaat. Jadual exam pada jam 2.30pm. Subjek Ekonomi. (kalau tak salah aku)
Aku memang tak lalu nak ngadap muka-muka yang hentam aku. Mahu di asrama mahu di dewan makan. Hari tu haram aku nak jejak dewan makan. Aku ajak sorang member teman aku makan luar aja.
Terima kasih sudi jadi teman yang setia
Waktu makan,
Terfikir, aku harus buat sesuatu untuk buang segala stress ni. Perlu buat sesuatu! aku ada paper petang nanti. Jadinya aku perlu cool kan diri aku supaya boleh jwb paper itu . Dan seperti diduga, idea pun datang dgn rakusnya. Hoyeah!!
Azan zohor kedengaran, dari tingkap dorm aku jenguk hostel lelaki. Line clear.
Jom! (aku ajak teman yang setia itu)
Aku & teman berjalan dengan laju tanpa fikir nak patah balik belakang. Masing-masing gugup sebenarnya.
Sampai aja hostel lelaki.
Aksi kami persis Mrs. Smith. Dari satu dorm ke dorm untuk pastikan semua dorm itu kosong. Cuma tak pegang pistol ja. Takut jugak kalau kantoi. Tapi aku yakin, mistilah semua pergi solat jumaat kan. Kau berani ke skip jumaat masa minggu exam ?Tak berkat beb!!
Operasi bermula,
Kelihatan uniform2 yang siap beriron tergantung di katil masing-masing. Dan aku memindahkan uniform tersebut ke dorm lain. Dan sebaliknya.
Dan dari satu katil ke katil lain aku ushar.
Poster besar Nurul Izzah ada tergantung di sudut satu dorm. Sumber inspirasi kot. Ahaa
Aku alihkan barang-barang peribadi mereka. Asingkan pasangan kasut.
Seluar dalam yang bejemur aku basahkan kembali. Heyeuww, macam tak percaya kesanggupan aku masa itu.
Operasi harus dijalankan dalam masa 15minit. Dan..sukses!! Checklist, misti tiada satu katil pun terkecuali.
Pulang dari operasi itu. Aku happy sangat-sangat. Sumpah aku tak tipu!!
Yang penting semangat dah datang utk exam petang itu. Err..Bukan semangat nak jawab exam. Semangat nak tgk budak-budak lelaki beruniform apa ke dewan nanti.
Akhirnya, YES!! aku nampak ada subjek yang pelik-pelik di situ. Haha. Lompat bintang!
Maaflah la, mereka yang baik-baik tak pernah kacau aku pun teraniaya sekali. Semua ini bukan salah aku. Salah semua yang provoke aku. Sapa suruh provoke kan? Saya remaja ketika itu. Remaja harus memberontak!
Matlamat aku masa itu, aku nak buat sesuatu yang memberikan aku kepuasan sebelum aku langkah keluar dr sekolah. Dari form 3 hingga form 5 aku tadah aja apa orang dah buat. (baca dgn keadaan kesian sebab aku baik).
Jadi untuk memberi keadilan pada diri sendiri.
Mereka harus menerima hukuman setimpal dari aku.
Barulah aku puas. Memang memberi kepuasan. Sangat-sangat.
Waktu itu lah aku rasa.
Bila waras aku datang, (waras aku jarang datang)
Rasa bersalah juga.
Jujur aku bagitahu, aku risau jugak result SPM aku. Risau mereka mendoakan sesuatu yang tak best buat si penceroboh asrama. Doa orang teraniaya kan makbul!
Tapi Alhamdulillah. Doa orang yang teraniayai selama 3 tahun misti lah dimakbulkan dahulu. Syukur!
Peringatan, teman aku tu tak bersalah. Jangan sesekali salahkan beliau. Beliau sebenarnya sgt baik. Cuma hasutan dr aku membuat beliau jadi akur utk turut bersama menjayakan misi tersebut.
Kepada rakan perempuan. Aku nak mintak maaf ya. Mungkin dulu, aku sgt annoy bagi korang. Aku manusia tiada sempurna.
Bagi rakan lelaki. Buat lagi brangset kat aku.
Amacam?? Syook wooo masuk dorm korang. Hahhaha. Okay,mintak ampun.
Agak-agak la kan, kalau aku kantoi masa tu. Apalah padah aku terima kan. Tapi tak kisah la, sebab masa tu hari-hari terakhir di sekolah. Cikgu pun dah cuti. Cuba kalau pecah masuk hostel awal-awal tahun. Mahu aku kena buang sekolah. Takpun gantung sekolah dan denda sebulan kemas bilik Cikgu lelaki, eh? Paling-paling ringan pun, aku kena sebat 5x depan assembly. Pheww..
Adik aku pernah pecahkan pili bomba hostel (dalam banyak-banyak objek pili bomba menjadi pilihan?Badang sungguh!) Tindakan disiplin pd beliau pun setakat kena buang hostel, gantung sekolah 2 minggu dan bimbingan kaunseling.
Tapi beliau parah, balik rumah tindakan disiplin berganda Cekgu Romli beri. Padan!
p/s: Pesanan khidmat bekas pelajar, kalau nak buat jahat..buat aja. Jangan rasa ragu-ragu. Nanti kantoi.
13 Mei 2011 : Salam 1 Malaysia
Ada 3 jenis kaum di Malaysia mempunyai soalan ‘tipikal’ yang akan ditanya kepada jurujual kereta tatkala bernawaitu ingin membeli kereta.
1. Melayu : “Ini kereta satu liter boleh pergi berapa KM?”
2. Cina : “Ini kereta dari Kuala Lumpur hingga Gua Musang boleh sampai 1 jam?”
3. India : “Ini kereta boleh muat berapa orang?”
Amacam??
sumber: Cekgu Romli
Man and his baby
Selipar jamban yang disayangi..
Korang ada??
PMS
Budak Ijai meletakkan faktor perempuan “Menyalahgunakan PMS“ no 6 dalam carta Turn Offs for Men utk entri beliau. Klik sini.
Jadi ia nya telah menarik perhatian aku untuk up entri ini.
sebab apa?
sebab dia tak phm dan tak pernah akan kena.
Aku mewakili para perempuan/gadis yg lain yg setiap bulan akan mengadap menda ini tanpa diminta.
Tapi rela.
Meh aku cerita versi aku.
1. PMS ianya singkatan bahasa omputih bagi Premenstrual Syndrome.
Satu sindrom atau lebih hebat digelar ‘gejala’ yang berupa gangguan pd fizikal & mental subjek.
Anytime in 7-14 days menjelang menstruasi. Maka hormon estrogen memulakan perjalanan roller coaster nya!
Aku tak alert menda ni. Serius tidak.
2. Mental : Mode jadi Swings/Off. Selalu sesuatu/idea/keputusan/alasan bila dibawa berbincang pasti aku tak puas hati. Ada je spoil. Ada je tak kena.
3. Fizikal: Perubahan pd bentuk tubuh. Kadang tiba-tiba rasa gemuk je, bila rasa gemuk–>stress–>bila stress jadi nak marah.
Sakit: Biasanya sakit kepala, perit di bahagian bonbon, joint ache, backpain dan yang tdk dialu-alukan JERAWAT.
Kau happy tak bila tiba-tiba terpacak dua tiga ulas jerawat di pipi?? Parut yang lepas tak hilang lagi..dah tumbuh yang lain.
Bila pasangan pasang jerawat terus turn off bukan?
Maka si gadis bertambah-tambahlah stressnya. Ouh. Emosi!
Gejala-gejala itu lah yang membuatkan mode jd swings..nak marah dan macam-macamlah.
Sebarang bentuk provakasi ketika ini dilarang sama sekali.
Jadi sila elakkanya sebelum korang tiba-tiba bengang dgn pasangan masing-masing.
Bila menstruasi bermula, maka estrogen sudah settles down dan kembali normal.
Itu PMS ya. Berlaku sebelum menstruasi.
Aku sambung pasal period pain pula, ada yang sebut menstrual pain.
Ianya berlaku tatkala mentruasi. Biasanya pd hari pertama, kedua, ketiga.
Sangat sakit.
seperti ulu hati korang dicarik-carik.
Nak berjalan pun terbongkok-bongkok. Aku pun tak tahu napa boleh berjalan terbongkok-bongkok. Mungkin membantu reduce sakit kot.
Ya,mungkin.
Kadang-kadang rasa dia seakan cramps. Korang lelaki cramp kat peha. Macam tu lah rasa.
Kiteorang cramp dekat rahim. Tapi kiteorang pun boleh cramp di peha..korang penah cramp di rahim??ehh..lupa,korang takda rahim.
Heavy bleeding..
Discomfort!
Kalau seluar korang kotor terduduk atas kerusi yang tertumpah sos nasi ayam, agak-agak memberi keceriaan tak utk hari itu?habaq mai.
Tu semua aku alami.
Kalau time tu aku di rumah, aku sanggup mengadap derita.
Berjalan pun tak boleh. Terbaring atas katil aja.
Kalau time kerja atau perlu keluar, penadol menstrual mmg menjadi bekalan rasmi.
Kalau diberi pilihan, aku tak akan ambil sebarang pain relievers. Sgt tak bagus utk kesihatan. Iya betul.
Tapi kalau tak ambik..mmg tak produktif lah hari-hari tersebut.
Baru berlaku,
Masa ini aku dekat negara orang. Sgt dukacita sbb period pd masa travel. Potong habis!
Nak taknak aku kena cari pain relievers.
Takkan aku nak stay kat hotel orang lain berjimba-jimba di luar kan?
Ceritanya, bila ke farmasi untuk beli pil tu depa tak phm bahasa aku. Cakap london tak phm, cuba slang american pun x phm(ngeh3)
Alihnya depa bagi vitamin utk pregnancy tu..hangin tak??Dah la masa tu sangat sakit, jalan pun terbongkok-bongkok. Bila dah jadi mcm ni,rasa macam nak bakor je farmasi tu. See, emosi tak stabil bukan?
Akhirnya, aku keluarkan pad tunjuk kat depa…terus depa “ooOOOOoooo…” kemudian baru tunjukkan pain relievers tu.
Aku baca diskripsi..haram takde satu bahasa pun yang buat aku faham.
Tapi aku bedal je.. macam orang dpt ganja.
Berkenaan emosi, korang la sebagai pasangan yg perlu alert menda ni tatkala waktu si gadis sedang berperang dgn emosi & sakit.
Kadang perempuan2 ni tak perasan.
Adik aku pernah tegur aku, “Eh pehal la nak marah-marah, rilek ar”
aku “ouh…aku marah yek..” so aku try slow down..and cuba distract dgn mencari subject or object yang nampak cool.
Teguran itu perlu. Kalau tak tegur mmg kami tak tahu. Tegur la dgn gentle sket bang.
seperti…awk takde mood ke??
haa..kan??
Kira dalam7-8 hari kiteorang kena melalui/mengadap menda ni. Eh..itu aku. Lain orang lain dia punya rasa. Rasa sakit.
Ada lagi teruk.
Dan ada yang takda langsung. Itu syurga dunia tu!
Sebab tu kadang-kadang korang akan jwb..eleh, mak n akak aku period oke je..Ouh. Hentikanlah berkata begitu.
Bagi aku,
aku takkan minta pelik-pelik waktu itu.
Perlu alert sudah cukup.
Sekali-sekala korang nak beri perhatian mungkin takpa..
Lebih-lebih concern pun buat ceq geli naa…








