Beskal BMX biru metalic
Baru2 ni aku berjaya habiskan 1 novel karya Kang Abik ‘Bumi Cinta’. Biasanya karya beliau ni mmg dlm top 3 fav aku stakat ni, sebab…sebab 1 je. Aku tdk mempunyai kecekalan yg tinggi utk membaca buku2 sejarah, motivasi, inspirasi, & seterusnya buku2 agama..dah cuba acap kali..tp….tapii…zZZzzzZz
Bagi aku, karya beliau ni mmg cukup rencah la, kira byk jugak membantu dlm nk membersihkan hati berdebu ni & inspired aku tuk sukses dlm hidup..eceh!
Eh sebenarnya, aku bukannya nak buat review psl pakcik ni, korang p baca sendirilah.
Cuma nak bgtau, dlm byk2 tulisan..misti ada jugak part yg aku x bapa nak bekenan..
Contohnya dlm novel Bumi Cinta ni..Ada satu part dialog antara Muhamad Ayyas & Doc Anastasia.
Respon aku lps bc dialog ni.
Respon 3 saat pertama : Yup, Yup..terbaik punya jwpan
Respon slp 1 minit : Eh, x semudah….x semudah
Respon 7 minit terakhir : Mangggg kukkkkkk…senang ko jwb!
Pendapat aku la kan, masalah ni ibarat ko naik beskal, kayuh laju2 sampai puncak bukit pastu ko turun bukit & bbbrrrreaaaaaaaaaaaakkk..
Maka ko jatuh, paling hebat lutut bedarah..dan tiba2 ko perasan ada budak2 kelas nampak kejadian ko tergolekdok. Tambah lg tekanan, budak2 yg nampak tu ialah kaki buli sekolah.
Pastu ko balik rumah dgn kain koyak & sakit lutut bedarah, sambil menarik beskal sebab rantai die tercabut.
Dah sampai rumah mana nak carik ubat kuning tu lg dan tambah pulak kene pikir mcm mana nk handle bila mak ko popek2 bwk beskal laju2,
dan best part..boleh tak nak pasang cita2 mahu ponteng skolah esok sebab malu punya cerita!
Ahaaa…tu bru kronologi jatuh beskal.
Tapi jawapan si MA bg problem Doc ni umpama….Ko jatuh beskal maka ko perlu sapu ubat kuning utk elak jangkitan kuman dan cepat sembuh…settle!case close!! Yeah!! mari lompat bintang bersama!!
*Eh, sila abaikan tajuk yang tiada kaitan dgn isi kandungan.


dr sudugarpu, sebenarnya saya tak begitu paham kaitan antara jatuh basikal dengan dialog bumi cinta tu…. yang aku paham ialah, kalau doc anastasia kawin dengan mafia, dia ibarat naik basikal kemudian dengan sengaja menjatuhkan diri beliau, tetapi jika dia memilih untuk menolak… apa risiko dia… err tidak dijelaskan dalam entri ini, adakah mafia itu akan memburu beliau dan emak beliau macam along bukit beruntung di malaysia memburu peminjam hutangnya? jika ia, maka itu ibarat naik beskal laju-laju sambil dibonceng oleh emak untuk melarikan diri dari anjing gile…
jadi apa kaitan cari ubat kuning dan hasrat ponteng sekolah hari esok?
wallahualam
[Reply]
adik,
saya mencadangkan supaya adik perlu habeskan novel beliau itu. Sy gerenti jwpan ketidakfahaman adik akn terjwb dan pasti bersetuju dgn ideologi basikal,ubat kuning dan ponteng sekolah. sekian
[Reply]
penafsiranku: kalau tak kawen umpama naik beskal dikejar anjing giler..
anjing mengharapkan teman..tetapi dia lari tak sanggup meneman si anjing itu..mengayuh basikalnya..laju..lalu terlanggar batu,jatuh gedebuk..digigit anjing giler tersebut..berdarah (plus airliur dia yg najis tuh)..berusaha menyelamatkan diri sendiri..ambil batu..baling..kena kepala anjing..anjing toleh pandang mangsa..matanya bulat merah menyala..gigitannya semakin kuat..mangsa menyepak anjing tersebut..terlepas..lari dlm kesakitan..masih dikejar anjing tersebut..lutut terlalu longlai..darah mengalir laju..hampir pitam..jatuh lagi..dan kali ini anjing tersebut menerkam..membaham leher mangsanya..innalillahiwainnailahirajiun..si anjing giler menyalak kuat..puas kerana berjaya menundukkan mangsanya..
salakan si anjing bermaksud”sama ada kamu menjadi temanku atau kamu tidak boleh menjadi teman sesiapa..itu sahaja pilihanmu..”
[Reply]
wie Reply:
December 1st, 2010 at 3:36 AM
bumi cinta, basikal dan anjing gile…ngehehehehehehe
[Reply]
nus Reply:
December 1st, 2010 at 3:43 AM
pointnya..
masalah tu x remeh kann kann kannn???
[Reply]
kelakor ni kalau masuk group mengulas novel ni..cam2 penafsiran..satu buku khatam dekat setahunler jwbnya..
[Reply]
Konklusi saya terhadap novel ini- Penulis -nak memendekkan/memudahkan cerita. Pembaca- senang kan..terus bagi point ‘kahwin lah ngan aku’ tak perlu nak mendengar keluhan2 dari masalah yang timbul. Mcm drama2 kat TV sekarang ni..meleret2..jer cerita padahal both parties mmg dah tahu masing2 suka menyukai.
( padahal saya tak baca pun novel ini..hehheheh)
Konklusi terhadap RESPONs sudugarpu terhadap novel ini- Malu pergi sekolah sbb accident itu..biasa bagi budak2 yang tahap malu dan takut maxima, terasa diri terlalu kerdil jika perkara buruk berlaku padanya. Lain jika kiranya budak2 ini melawan perasaan dan mahu kesekolah juga walau apa yang berlaku sebab baginya sekolah ‘is the best place’ utknya.Maka pada novel ini, jika DOC ini ketepikan sifat2 itu..pasti dia berjaya mencapai impian hidupnya.
[Reply]
nus Reply:
December 1st, 2010 at 2:23 PM
wah!!tudiaa…
sbenarnya..style penulis mmg mcm ni, semua jwpan dia dipengaruhi oleh dia sang lelaki..
lelaki klu da sedia nak kawin, terus cari pompuan dan pilih yg terbaik..trus masuk khitbah..dan akad..as easy as 1,2,3..(x smua) – itu yg disebut td..bila luka terus cari ubat utk elak kuman n cepat sembuh…
oke, blh bygkan x klu pompuan boleh buat semudah itu???
[Reply]
[...] selama lebih setahun ini. Kalaupun ada satu dua yang berjaya ditamatkan rasanya cuma Bumi Cinta (sedikit ulasan yang tidak membantu oleh dr. sufugarpu) dan Ranah 3 Warna. Siyesly teringin nak buat review on books. Tak kisah la ada yang minat nak baca [...]